Header Ads

Azmin Ali buang keluarga demi Anwar?

WarkahDaily – Umi Hafilda Ali telah menuduh abangnya, Azmin sanggup membuang keluarga kerana ‘bosnya’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa adiknya tidak pulang berhari raya untuk menjenguk ibu sendiri walaupun banyak kali dihubungi, namun Umi (gambar) menuduh Azmin tidak melayan rayuan ibunya.

“Mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik selama lima bulan tanpa diziarahi,” dakwa Umi.

“Saya kesal dengan Azmin yang telah ‘disesatkan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Umi selepas memberi ceramah berkaitan Anwar Ibrahim di Besut, kelmarin seperti dipetik dari Sinar Harian.

Siapa kena buang

Setahu penulis WarkahDaily (WD), orang yang kena buang oleh keluarga sendiri tidak lain tidak bukan ialah Umi Hafilda. Bagaimana pula dia boleh menuduh abangnya telah menyingkirkan ibunya kerana Anwar?

Penulis WD merujuk kepada catatan yang dikeluarkan oleh bapanya sendiri, Haji Ali bin Omar pada 18 Oktober 1998.

Menurut catatan berkenaan, pada 25 Ogos 1998, Umi dilaporkan buat kali terakhir telah keluar dari rumahnya di Kelang Gate Setapak KL.

Bapa tidak mengaku anak

Rentetan itu, pada 1 September 1998 jam 5.20 petang, bapanya telah memangil kakak Umi yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh berkenaan, beliau lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

Mengikut catatan bapanya itu, pelucutan waris wasiat itu lebih kepada masalah yang dilakukan Umi sendiri termasuk sikap melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur dan pembohong disamping penglibatannya dalam konspirasi dan komplot terhadap pemecatan Anwar.

Menurut bapanya, Umi pernah beberapa kali mengasari ibunya sehingga mengeluarkan airmata.

“Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh ‘shut up’, jaga sikit mulut.

“Semenjak tahun 1988, sudah tiga empat kali lari dari rumah, berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah,” jelas bapa Umi dalam catatan pengakuannya.

Menurut bapanya lagi, sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diendahkan

“Saya telah berkahwin dengan ibunya, 42 tahun, tetapi pada 20.2.1998, dalam masa
beberapa minit sahaja, tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga
membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali,” cerita bapanya lagi dalam catatan berkenaan.

Azwan Ali tak ngaku adik-beradik

Pernah dilapor dalam Harakahdaily, Umi telah diserang ahli keluarganya sendiri iaitu pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

“Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak terampun! Poodahhhh,” tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Kemarahan Azwan rentetan daripada satu laporan Utusan di muka depan, Ummi Hafilda mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Jadi sekarang, pembaca boleh menilai siapa sebenar Umi Hafilda yang kini dipanggil gerombolan Umno untuk berada di podium mereka sebagai penceramah demi menabur fitnah kepada pimpinan PR untuk meraih undi menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.