Header Ads

BAM di bawah naungan Rosmah abaikan usaha kembalikan Piala Thomas

WarkahDaily – Kerana impikan sebutir pingat emas pertama Sukan Olimpik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan telah mengabaikan usaha untuk merampas kembali trofi Piala Thomas.

BAM dikatakan gagal menyediakan pasukan terbaik dalam kejohanan Piala Thomas bagi tujuan mengembalikan trofi berprestij badminton itu sehingga bakal mengundang malapetaka kegagalan layak pusingan kelayakan atau gagal ke pusingan akhir.

Padahal BAM sudah pun mempunyai penasihat ‘hebat’ dari kalangan elit seperti isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Takkanlah kerana sebutir pingat emas di Sukan Olimpik yang mungkin boleh membanggakan kerajaan 1Malaysia selepas ini, tapi usaha mengembalikan trofi Piala Thomas diabaikan.


RAI...Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor (tujuh dari kiri) dan Presiden, Datuk Seri Nadzmi Salleh (tujuh dari kanan) meraikan bekas pemain badminton negara pada majlis Jasamu Dikenang, kelmarin. | foto Harian Metro
Laporan HMetro.com.my dipetik, terimalah natijahnya kerana mengabaikan kepentingan Piala Thomas. Mungkin itu kata-kata paling sesuai untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini yang amat jelas tidak pernah menghiraukan usaha mengembalikan trofi Piala Thomas kerana terlalu taksub dengan pingat emas Sukan Olimpik dan hal itu disedari mereka yang pernah menjulang Piala Thomas sebelum ini.

“Saya rasa BAM terlalu memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik hingga terlepas pandang Piala Thomas. Bila kejohanan sudah hampir barulah sedar yang mereka sebenarnya tiada pemain,” kata Cheah Soon Kit yang menjadi penentu kejuaraan edisi Piala Thomas 1992 ketika bergandingan dengan Soo Beng Kiang.

“Tiada pilihan lain, kita perlu positif dan baki sebulan perlu digunakan pemain untuk melakukan persiapan terbaik sebelum ke pusingan kelayakan. “Sebagai bekas pemain, saya tentunya amat kecewa jika Malaysia gagal ke pusingan akhir. Saya harap ini tidak berlaku tapi kalau berlaku, BAM seharusnya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran.

“Jangan sesekali lepas pandang Piala Thomas. Prestij kejohanan ini sama seperti Sukan Olimpik.” Sementara itu, legenda Datuk Eddy Choong yang menjulang Piala Thomas 1955 di Singapura berkata, kegagalan BAM mempersiapkan pasukan terbaik memaksa pemain untuk berhempas pulas memberi aksi cemerlang di pusingan kelayakan.

“Saya tahu sukar memenangi Piala Thomas apatah lagi melayakkan diri ke pusingan akhir kerana kita hanya ada Datuk Lee Chong Wei yang konsisten tapi semua pemain perlu berusaha bersungguh-sungguh.

“Tidak dinafikan BAM sudah melakukan kesilapan. Mereka sepatutnya memandang jauh dan bermula sekarang, pemain remaja perlu diberi pendedahan terbaik.

“Pendedahan bukan sekadar menghantar pemain ke kejohanan peringkat remaja atau peringkat umur. Sebaliknya BAM perlu mengenal pasti pemain berbakat yang boleh diketengahkan dan menghantar mereka menyertai kejohanan peringkat senior.

“Memang kita boleh dapatkan juara di peringkat umur tapi apa gunanya, mereka sekadar menang ke atas pemain setaraf.

“Mendedahkan pemain remaja lebih awal di kejohanan peringkat senior penting untuk membentuk mentaliti kuat dan mengembangkan lagi permainan selari dengan corak pemain senior. Kalah tidak mengapa,” katanya.

Eddy, 82, menggesa BAM supaya segera memastikan pemain remaja terutamanya dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berlatih di bawah satu bumbung dengan pemain senior.
Dikuasakan oleh Blogger.