Header Ads

Bank Negara bakal perkenal duit syiling baru 16 Januari ini



WarkahDaily -- Bank Negara Malaysia (BNM) bakal memperkenal duit syiling siri baru yang akan diedarkan mulai 16 Januari ini.

Duit syiling baru itu sah diperlakukan dan akan diedarkan secara berperingkat di samping ianya digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada sebelum ianya tidak lagi dikeluar secara berperingkat.

Menurut BNM, orang ramai boleh mendapatkan duit syiling siri baru itu melalui urusan jual-beli mereka seperti biasa.

Reka bentuk duit syiling siri baru yang terdiri dari 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen adalah lebih ringan dan kecil dan turut ditampilkan dengan dua warna, kuning dan perak berbanding yang lama dengan tujuan memudahkan orang ramai.

Ianya dibuat daripada sejenis logam berkualiti dan tahan lama di samping menggunakan teknologi terkini dan mengandungi ciri-ciri keselamatan bagi mengelak daripada pemalsuan.

Selain itu, reka bentuk bercirikan budaya dan warisan Malaysia turut ditampilkan dengan memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional.

Duit syiling itu juga lebih mesra Golongan Kurang Upaya (OKU). Menurut BNM, reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan menggunakannya.
Dikuasakan oleh Blogger.