Berbatov dilaporkan bakal berhijrah ke Bundesliga

Berbatov dilaporkan bakal beralih ke Bundesliga selepas kedudukannya bersama skuad utama Man United tergugat dan disisih Ferguson.
Gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu dengan tawaran kontrak £ 8 juta (RM38.36 juta) selepas bakal kehilangan penyerangnya, Ivica Olic. Namun Bayern terpaksa bersaing dengan pesaing Bundesliga iaitu bekas kelab Berbatov, Bayer Leverkusen selepas kelab itu turut menyatakan minat terhadap Berbatov.
Masa depan Berbatov bersama United dilaporkan malap selepas tamatnya kontraknya pada musim panas sambil pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson hanya menurunkan beliau sebanyak empat kali sahaja dalam aksi liga musim ini berbanding Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez yang diutamakan Ferguson.
Pemain Man United itu bebas untuk mengadakan perbincangan dengan kelab luar dan spekulasi bekas kelabnya, Leverkusen boleh kembali menawarkan kontrak selepas pernah menjual pemain itu kepada Tottenham dengan harga £ 10,9 juta (RM52.4 juta) pada tahun 2006.
Namun, Man United tetap berhak menguatkuasakan satu klausa yang terkandung dalam kontrak sedia ada, iaitu melanjutkan tempoh kontrak selama setahun secara automatik kepada Berbatov bagi mengelak kehilangan pemain itu pada musim panas.
Menurut laporan media antarabangsa, beberapa pegawai dari Bayern telah terbang ke Manchester awal minggu ini dalam usaha untuk mendapatkan penyerang Man United itu.
Musim lalu, Berbatov merangkul ‘Kasut Emas’ bersama Carlos Tevez hasil jaringan 20 gol, namun di musim ini, beliau mula disisih dari skuad utama Ferguson yang mengutamakan pemain lebih muda seperti Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez.
Berbatov, 30, menyertai Man United dari Tottenham pada tahun 2008 dengan harga £ 30 juta (RM144.2 juta) dan telah membuat 105 penampilan liga, menjaringkan 48 gol.
--WARKAHDAILY
Post a Comment