Header Ads

Berita Harian secara bacul putar belit kenyataan Sasterawan Negara

Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang (Pakatan Rakyat) baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini, -Prof Emeritus Dr Muhammad

WarkahDaily -- Sungguh memalukan sebuah akhbar yang diedar ke seluruh negara seperti Berita Harian yang dikategorikan sebagai akhbar harian arus perdana tapi mempunyai tahap berita sampah yang hanya pandai memutar belit kenyataan ikhlas seorang Sasterawan Negara.

Susah sangat ke para pengarang Berita Harian untuk memahami ayat dalam bahasa Melayu, ‘Masalah orang Melayu semenjak 50 tahun’. Kenapa harus dipersalahkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang baru sahaja hendak masuk sepenggal pemerintahan mereka. 5 tahun pun tak cukup lagi. Apakah pengarang akhbar berkenaan sudah lupa, Pulau Pinang sebelum ini diperintah parti Gerakan bersama Umno?

Etika rimba mana yang diguna pakai para sidang pengarang Berita Harian sehingga sanggup memperbodohkan pembacanya sendiri dengan ulasan songsang terhadap kenyataan Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh.

Memang patut akhbar sampah ini dibakul sampahkan dan diboikot rakyat Malaysia. Berita Harian bukan sahaja memutar belit kenyataan Sasterawan Negara, bahkan mengalihkan kesalahan ‘tuannya’ (pemimpin Umno) kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), padahal kerosakan yang berlaku adalah hasil kebobrokan pemimpin Umno-BN sebelum ini (sebelum PRU 2008).

Malaysiakini.com -- Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk “DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah”-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

“Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

“Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini,” katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai “pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang” dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

“Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin,” kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang “tidak berfikir dari sudut dan untuk parti” dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

“Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur,” katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya.
Dikuasakan oleh Blogger.