Header Ads

Budak 8 tahun melepaskan tembakan dengan senjata api dalam bas sekolah


BAHAYA: Tiada yang terbunuh atau tercedera selepas seorang budak berusia 8 tahun melepaskan tembakan dengan pistol dalam bas sekolah yang penuh sesak dengan kanak-kanak lain.

MESA, (WarkahDaily) -- Seorang budak berusia lapan tahun melepaskan tembakan dalam sebuah bas sekolah ketika kira-kira 30 kanak-kanak lain turut berada dalam bas terbabit.

Menurut pihak polis, tiada kanak-kanak yang tercedera akibat tembakan yang berlaku ketika kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan pulang dari sekolah di Franklin SD, Mesa, Arizona.

Polis berkata, budak yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu telah membawa pistol berkenaan ke sekolah dengan meletak di dalam begnya.

Ketika bermain dengan senjata api di dalam beg, secara tidak sengaja budak berkenaan melepaskan tembakan.

Kini pihak polis sedang menyiasat dari mana kanak-kanak berkenaan memperolehi senjata api berkenaan itu.

Menurut jurucakap pihak sekolah, Helen Hollands kepada East Valley Tribune, tiada seorang pun warga sekolah tersedar kanak-kanak berkenaan membawa pistol bersama ke sekolah.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.