Header Ads

Chong Wei rampas kejuaraan terbuka Korea dari Lin Dan


Akhirnya Chong Wei (kiri) berjaya kembali merampas takhta kejuaraan terbuka Korea dari musuh utamanya, Lin Dan dari China. | foto AFP

Lee Chong Wei mengalahkan seteru utamanya, Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 untuk merampas kembali Terbuka Korea dalam pertarungan tiga set yang penuh debaran.

Chong Wei pada mulanya dilihat sukar untuk mengatasi Lin Dan yang dilihat apabila mula kehilangan mata demi mata dalam set pertama di mana satu ketika dia ketinggalan 16-8.

Tidak seperti set sebelumnya, pemain nombor satu dunia itu bagaikan mendapat semangat baru dan memberi tumpuan penuh sepanjang permainan bagi mengheret ke set penentuan.

Chong Wei mula bermain dengan corak lebih agresif dengan hantaran kemas dan mengelirukan ke seluruh penjuru gelanggang.

Hasilnya, Chong Wei mengutip lapan mata menerusi smash tatkala Lin Dan bergelut untuk membaca pukulan balasan lawannya.

Chong Wei bukan sahaja memenangi habuan AS$75,000 (RM235,875), malah kemenangan ini cukup bermakna buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang kalah tiga kali kepada Lin Dan dalam pertemuan terakhir mereka.

Kali terakhir Chong Wei melakukannya ialah pada Kejohanan Seluruh England pada Mac tahun lalu.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.