Header Ads

Chong Wei tangguh niat bersara awal


Datuk Lee Chong Wei bersedia menangguhkan rancangan persaraan sehingga 2013 ekoran ketiadaan pengganti yang setanding dengannya buat masa ini.

Pemain No. 1 dunia itu resah dengan situasi yang melanda skuad badminton negara yang masih menanti kelibat pemain berwibawa yang mampu meneruskan legasinya, malah pemain yang akan mencecah 30 tahun pada Oktober ini merasakan dia mampu mengekalkan fizikal dan mental di tahap tertinggi bagi tempoh dua tahun lagi.

Namun segalanya berkemungkinan besar bergantung kepada keputusan saingan Olimpik nanti dengan dia masih menyimpan cita-cita untuk meraih gelaran dunia yang belum pernah di menanginya.

“Saya akan cuba yang terbaik pada 2013 selepas Olimpik di mana saya mungkin mencuba sekali lagi. Itu adalah impian saya,” katanya.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.