Header Ads

Cubaan bunuh: Lelaki letak racun dalam sarapan isteri

CALIFORNIA: Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa meletakkan bahan kimia beracun dalam bijirin sarapan isterinya, di Azusa, California.

Pihak polis mendakwa, Fernando Porras, 43 tahun, telah meletakkan bahan kimia dari produk pembersihan ‘Goof Off’ ke dalam bijirin ‘Rice Krispies’ isterinya pada minggu lepas sehingga isterinya terpaksa dibawa ke hospital kerana jatuh sakit namun disahkan terselamat, kata polis.

Lelaki terbabit telah diikat jamin US$1 juta (RM3.14 juta) sebelum dibicarakan atas dakwaan cubaan membunuh hari ini.

Menurut anak perempuan lelaki itu yang berusia 17 tahun, ibunya memberitahu bijiran sarapannya berbau sesuatu yang pelik, katanya dalam satu temu bual dengan KCBS-TV.

“Saya telah mengambil sarapan berkenaan dan apabila saya melihat apa yang ada dalam bekas itu, saya dapat menghidu bau dan berkata ‘Oh, ini adalah bahan kimia’,” jelas Fernanda kepada stesen TV berkenaan.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.