Header Ads

Eric Cantona tawar diri sebagai calon presiden Perancis


Eric Cantona bercita-cita untuk merebut jawatan tertinggi Perancis dalam pilihan raya tahun ini dengan hasrat untuk menangani krisis perumahan. | foto Getty Images

PARIS (WarkahDaily) -- Bekas penyerang Manchester United, Eric Cantona menawarkan dirinya mahu menjadi presiden Perancis seterusnya.

Eric Cantona, 45, berharap dapat bertanding dalam pilihan raya presiden tahun ini dan sedang berusaha untuk mengumpul 500 tandatangan untuk tujuan itu menjelang akhir Februari ini dan dilaporkan telah menghantar surat kepada datuk bandar Perancis bagi tujuan meminta sokongan.

“Hasrat ini mewajibkan saya untuk bercakap, lebih bersungguh-sungguh daripada biasa, tetapi juga dengan rasa tanggungjawab dan minat, pada bila-bila masa apabila negara kita berhadapan dengan pilihan yang sukar sebagai penentu di masa akan datang,” kata Cantona dalam surat berkenaan yang telah dicetak akhbar Liberation.

Beliau turut menggambarkan ketidakadilan sosial yang dihadapi oleh anak-anak muda Perancis sebagai “terlalu banyak, terlalu ganas dan terlalu sistematik” selain menawarkan untuk penyelesaian krisis perumahan Perancis.

Calon-calon presiden yang mendapat bilangan tandatangan mencukupi akan bersaing dalam pusingan pertama pada akhir April sebelum dua pemenang undi terbesar akan melalui pusingan kedua pada awal Mei.

Walaupun Cantona memang terkenal namun beliau menghadapi tugas yang sukar untuk melepasi peringkat pertama jika tiada sokongan sebuah parti.

Sebelum ini, Cantona pernah menggemparkan politik Perancis apabila menggesa rakyat agar mengosongkan akaun bank mereka sebagai protes ketika krisis kewangan global pada tahun 2010.

Sejak bersara dari bola sepak, Cantona yang menjaringkan 64 gol dalam 144 permainan untuk Manchester United dan membantu kelab itu membawa gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 1993. Selain itu, Cantona kini turut membintangi beberapa filem seperti ‘D'Ken Loach Palme’.

Cantona kembali ke dunia bola sepak selepas persaraan pada Januari tahun lepas apabila dilantik sebagai pengurus pasukan bola sepak di New York Cosmos.
Dikuasakan oleh Blogger.