Header Ads

FAM bercadang hantar pemain muda jalani latihan di Cardiff City

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang menghantar pemain muda negara menjalani latihan dengan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City berbanding pemain senior seperti , Safee Sali.

Tiada sebarang tawaran dikemukakan Cardiff terhadap Safee dan Safiq Rahim, selepas kedua-dua pemain itu tamat sesi pemilihan, bulan lalu.

Dengan Safee makin kesuntukan masa untuk mengikat kontrak baru dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya, FAM akan mengadakan rundingan dengan Cardiff mengenai identiti pemain yang akan dibawa berlatih di England.

Satu rundingan akan diadakan di England, minggu depan diketuai pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee, yang turut akan membincangkan mengenai usaha membawa masuk pemain muda negara untuk sekurang-kurangnya berlatih di kelab itu.

Mereka ditemui pada majlis pelancaran logo dan platform media Satu Malaysia Cardiff City di ibu kota, semalam.

Sementara itu, skuad kebangsaan tetap akan berdepan Arab Saudi pada aksi persahabatan di Australia, 24 Januari ini biarpun pasukan olimpik negara dilihat akan membatalkan pertemuan menentang lawan itu, 31 Januari ini.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.