Header Ads

Fathul Bari: Semut di seberang nampak, gajah depan mata buat-buat buta

WarkahDaily – Sungguh menyedihkan seorang yang dianggap berilmu, belajarnya tinggi tapi mata hatinya buta dek jawatan dan kedudukan yang diperolehi di dunia.

Amat menjengkelkan apabila Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya dari Perlis sanggup turun ke Alor Setar semata-mata mahu ‘mempertahankan’ sebuah madrasah diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah untuk dirobohkan.

Fathul Bahri (gambar) dilaporkan media telah menyertai satu program konon untuk selamatkan Madrasah Salihiah dengan alasan mahu membantu menegakkan jihad Islam.

Tapi ‘buta’ untuk mengambil tindakan yang sama terhadap Madrasah Al-Islahiyah. Sikap itu menyerlahkan lagi betapa hipokritnya ulamak muda Umno itu terhadap program ‘jihad’ Islamnya.

Dipetik dari Sinar Harian, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Perlis, Rus’sele Eizan berkata, Fathul Bari tidak seharusnya memilih bulu dalam memperjuangkan hak Islam sebagaimana dilakukannya terhadap Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar memandangkan kawasan bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang dirobohkan minggu lalu oleh Kerajaan Negeri merupakan tapak tanah wakaf.

“Apabila mendengar seorang ulama besar dari Perlis sanggup turun ke Alor Setar semata-mata mahu 'mempertahankan' sebuah madrasah diberi lampu hijau oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah untuk dirobohkan, saya kecewa kerana tindakan sama tidak dilakukan terhadap Madrasah Al-Islahiyah.

“Adakah perjuangan menegakkan Islam turut mengambil kira baju parti? Apabila sesebuah negeri diperintah kerajaan BN, adakah segala tindakannya termasuk merobohkan bangunan wakaf dihalalkan?,” katanya kepada Sinar Harian.

Rus’sele yang juga Adun Simpang Empat berkata, tindakan merobohkan dua blok bangunan Madrasah Al-Islahiyah yang terletak di atas tanah wakaf dibuat setelah Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang dirobohkan.

Bagaimanapun, tindakan perobohan bangunan itu yang dilakukan minggu lalu tidak dipersetujui lembaga pengurusan madrasah itu yang menyifatkan pelan pembinaan bangunan baru disiapkan tanpa merujuk mereka.

“Perobohan bangunan dilakukan walaupun terdapat bantahan dikemukakan lembaga pengurusan madrasah. Mereka terpaksa akur disebabkan tidak mendapat sokongan pihak lain.

“Saya minta Fathul Bari lebih peka dengan keadaan semasa di negeri sendiri memandangkan terdapat banyak lagi kes perobohan bangunan di atas tanah wakaf yang berlaku terhadap rakyat Perlis tanpa pembelaan mana-mana pihak,” kata Rus’ele.

Betapa rendahnya maruah seorang yang disangka ulamak jika hanya nampak semut di seberang tapi gajah depan mata buat-buat buta.

Amat jelas, Fathul Bari semenjak menyertai Umno, beliau begitu serasi dengan parti sekular itu dalam tindakannya termasuk mempertahankan politik Umno-BN walaupun tampak tidak sealiran dengan ilmu yang dipelajari.
Dikuasakan oleh Blogger.