Header Ads

Henry bantu bekas kelabnya kalahkan Leeds 1-0


KEMUNCULAN SEMULA: Thierry Henry meraikan gol tunggalnya membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Leeds United dalam aksi Piala FA di Stadium Emirates, awal pagi tadi. | foto Reuters

Penyerang pinjaman Arsenal, Thierry Henry membuat kemunculan semula bersama bekas kelabnya itu dengan langkah bergaya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Leeds 1-0 pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Legenda Arsenal berusia 34 tahun itu masuk menggantikan Marouane Chamakh pada minit ke-68 sebelum menjaringkan gol tersebut, 10 minit kemudian yang merupakan gol peribadi ke-227 Henry buat Arsenal.

“Ia sesuatu yang mengujakan. Saya tak pernah terfikir akan beraksi untuk Arsenal semula, lebih-lebih lagi menjaringkan gol kemenangan pasukan. Saya sayangkan kelab ini dan mahu terus membantu mereka.

“Ia satu perasaan yang tidak dapat digambarkan ketika saya menjaringkan gol tersebut. Saya harap ia bukanlah jaringan terakhir. Saya akan sentiasa ingat detik ini,” kata Henry yang dipinjam Arsenal dari kelabnya ketika ini, New York Red Bulls sehingga akhir Februari depan.
Dikuasakan oleh Blogger.