Header Ads

Homoseks: Jangan terpengaruh fitnah jahat media Umno

Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, katanya Anwar (gambar) berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam.

Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).

Ahmad berkata, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

Beliau nukilkan petikan jawapan Anwar tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

“We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

“But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

“Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan,” jelasnya.
Dikuasakan oleh Blogger.