Header Ads

Insiden letupan 901: RM10,000 untuk pemberi maklumat

Polis menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan dalam perhimpunan 901 baru-baru ini.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Demikian tulis PDRM dalam facebook mereka semalam.

Tulisan itu berbunyi:

TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Tawaran ini dibuat polis ekoran kejadian tiga letupan yang berlaku di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 9 Januari lepas, ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga letupan itu dikatakan berlaku dari dari kon lalulintas dan dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang pertama, sebuah kereta telah rosak manakala seorang cedera terkena serpihannya.

Letupan kedua pula berlaku di dalam kawasan ibu sawat TNB manakala letupan ketiga di sekitar bangunan persekutuan.

Pihak polis telah mengarahkan orang ramai agar beredar dari tempat-tempat yang disyaki menjadi lokasi kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Polis juga didapati menggunakan anjing pengesan untuk menyiasat kawasan letupan berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.