Header Ads

ISMA di sebalik Dr Hasan Ali

Oleh PAS Gong Pauh

Assalamualaikum...

Tindakan Datuk Hasan Ali (DHA) menyerang PAS adalah sesuatu yang menghairankan. Apa tujuannya? Apa matlamatnya? Apakah kerana dendam atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit dalam PAS.

Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang dengan kejadian-kejadian yang sedang melanda PAS.

Mahasiswa yang baru sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang kita sayangi. Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya kelibat beberapa pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ketika sidang akhbar DHA dan kemudian ketika berforum tentang PAS.

Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.

Kita difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini banyak memperlekehkan PAS sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam PAS. Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.

Kita tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH. Kita yakin dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.

Oleh itu kita tidak bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?

ISMA yang menolak PAS tiba tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit. ISMA sudah galak sewaktu DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju. Satu kenyataan yang sudah lama dipendam mereka(yang dilaporkan banyak diperkatakan dalam usrah mereka), Seolah-olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika kemelut DHA.

Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu merosakkan PAS. Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yakin dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.

Perjuangan ini bukanlah mudah. Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan betul. Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku, membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab pertolongan ALLAH itu. Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.

Dengan memberi ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan meneliti bukti-bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.

Ingatlah sebarang pemikiran muktazillah yang boleh merosakkan usaha mendapat pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak perandakan PAS. Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan kebathilan dan kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba merosakkan PAS.

Sumber: pasgongpauh.blogspot.com
Dikuasakan oleh Blogger.