WarkahDaily -- Perebutan juara Liga Super bermula awal malam tadi dengan beberapa pasukan menampilkan pemain import mereka selepas ianya dibenarkan FAM kecuali beberapa pasukan yang tidak dapat membariskan pemain import mereka kerana kesilapan teknikal dan salah faham berkaitan pendaftaran pemain import.
Beberapa pasukan gergasi musim lalu dilihat bermula hambar dengan beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan.
Selangor terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk bangkit selepas ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama kepada tuan rumah di Seremban. Manakala Kelantan bernasib baik dapat mencari gol kemenangan di akhir perlawanan, menang 2-1 ke atas wakil dari Singapura.
Juara Piala FA musim lalu, Terengganu yang terpaksa akur dengan keputusan FAM tidak membenarkan penyenaraian pemain importnya terpaksa bermain dengan 100% pemain tempatan, kalah kepada tuan rumah Perak 0-1 walaupun pasukan dari Pantai Timur itu cuba menyamakan kedudukan dengan serangan bertali arus di minit-minit akhir perlawanan.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung awal malam tadi.
--WARKAHDAILY
Post a Comment