Header Ads

Kulim tolak tawaran DPMM ambil alih QSR Brands

LEMBAGA Pengarah Kulim (M) Berhad (Kulim) memutuskan untuk menolak tawaran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang bercadang mengambil alih keseluruhan pegangan saham Kulim dalam QSR Brands Berhad.

Pengarah Urusannya, Ahamad Mohamad berkata, ahli lembaga pengarah Kulim yang bersidang semalam, sudahpun berbincang secara mendalam mengenai tawaran berkenaan sebelum sepakat membuat keputusan untuk menolaknya.

“Kami (ahli lembaga pengarah) juga sudah mendapatkan nasihat berkaitan perkara ini daripada pihak bank pelaburan dan firma guaman.

“Sehubungan itu, Kulim sudah memaklumkan DPMM mengenai perkara ini melalui sepucuk surat yang bertarikh 16 Januari 2012,” katanya pada satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Akhir bulan lalu, Harian Metro melaporkan mengenai DPMM yang mempelawa Felda Holdings Bhd (Felda), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Mara membuat tawaran bagi mengambil alih 57 peratus kepentingan Kulim Bhd dalam QSR Brands Bhd. -HMetro

WarkahDaily -- KULIM (M) Berhad merupakan sebuah anak syarikat JOHOR Corporation (JCorp). Kulim adalah pemegang saham terbesar dalam QSR Brands iaitu sebanyak 57.77%.

Manakala QSR Brands pula mempunyai kepentingan 50.64% dalam KFC Holdings (Malaysia) Bhd (KFCH) iaitu pemilik rangkaian restoren makanan segera terbesar Asia Tenggara, KFC yang memiliki 540 cawangan di Malaysia, Singapura, Brunei dan India.

Selain KFC, syarikat berkenaan turut memiliki rangkaian restoran Pizza Hut di Asia Tenggara.

Selain QSR Brands, KFCH turut dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji sebagai pemegang saham kedua terbesar iaitu 22.62%.
Dikuasakan oleh Blogger.