Header Ads

Media pro Umno-BN mula ‘menghasut’ Hasan tidak rujuk kembali PAS

WarkahDaily -- Tiada siapa boleh nafikan akan kelebihan yang ada pada bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang baru sahaja dipecat dari PAS, gara-gara gagal mematuhi arahan dan tidak mengkritik PAS dan pimpinan.

Hebat dan berpengaruh tapi degil tak bertempat, itu ulasan ringkas khas dari penulis WarkahDaily (WD) secara peribadi untuk Hasan Ali (gambar). Perkara seperti itu tidak seiras dengan sebuah jemaah Islam yang dibawa PAS yang mempunyai saluran mencukupi untuk bersuara ketidak puasan hati sekaligus menafikan tuduhan PAS tidak demokrasi dan berkuku besi. PAS ada Majlis Syura, Hasan Ali perlu kepada saluran itu untuk ideanya.

Penulis bukan mahu komen lebih-lebih, sebabnya PAS sudah pun memecat Hasan berkuat kuasa serta merta. [Baca sini]

Beralih kepada tajuk artikel penulis WD, peranan media, tidak kira pro Umno-BN atau Pakatan Rakyat (PR), antara positif dan negatif dalam isu pemecatan Hasan Ali, serba sedikit ia ada hubung kait.

Ada yang cuba menjernihkan keadaan dan tidak terlepas, cuba mengeruhkan lagi keadaan. Itu semua punya pendapat, fikrah dan telahan.

Hari ini, portal berita, mStar telah menyiarkan satu ulasan dan berita berkaitan Hasan Ali yang dipetik dari Bernama atas tajuk “Hasan Perlu Terus Perjuang Islam, Bangsa, Institusi Raja”.

mStar:

“Perlu atau tidak bagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor selama lapan tahun Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti Ahad lepas merayu untuk kembali kepada parti?

Walaupun mempunyai 30 hari untuk merayu atas pemecatannya, banyak pihak berpendapat Exco Kerajaan Negeri Selangor itu tidak perlu membuang masa selama itu kerana pertimbangan yang wajar baginya ialah "orang dah tak mahu, saya pun tak ingin.”


mStar:

“Jika berasakan dianiaya oleh PAS sedangkan beliau adalah antara segelintir tokoh golongan profesional yang menyertai parti itu, wajar Hasan meninggalkan terus PAS, yang ternyata tidak menghargai sumbangan dan perjuangannya menegakkan syiar Islam.

“Dalam perjuangan dan juga Islam, bergandingan dengan jemaah adalah perlu. Jemaah yang dipilih untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja tidaklah semestinya jemaah PAS kerana bukan PAS sahaja yang Islam,” kata seorang pemerhati yang hanya mahu dikenali sebagai Hamed, 64, dari Shah Alam.”


[Baca laporan mStar di sini]

Menghasut

Penulis WD bukan mahu Hasan merujuk semula atau tidak kepada PAS tapi suka dengan saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

“Selepas itu (terima surat rasmi pemecatan), beliau boleh buat rayuan. Saya secara peribadi mahu Dr Hasan buat rayuan,” kata Dr Haron Din. [Baca di sini]

Memang PAS masih perlu dengan tenaga profesional Hasan Ali tapi PAS tidak perlu dengan kedegilan dan kurang patuh Hasan terhadap keputusan Syura PAS. Selagi tidak menyalahi syarak, ahli wajib patuh terhadap apa yang diputuskan jawatankuasa Majlis Syura. Itulah cara berjemaah dalam Islam.

Namun, saranan Dr Haron Din mahu Hasan merujuk kembali kepada PAS seolah-olah sedang cuba disabotaj oleh ‘pihak yang tidak menyenanginya’, lebih-lebih lagi dari musuh PAS yang memang berusaha untuk memecah-belahkan PAS dan PR, khusus dalam usaha merampas kembali Selangor dari PR dalam PRU-13 nanti.

Mereka dilihat cuba menggunakan pelbagai bentuk usaha termasuk menggunakan media arus perdana untuk ‘menghasut’ Hasan secara tidak sengaja dengan memberi komen dan pendapat konon Hasan tidak lagi diperlukan dalam PAS dan meminta Hasan tidak lagi menoleh ke belakang untuk perjuangan memartabatkan Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu.

Dengan kata lain, mereka ini cuba ‘mengajak’ secara kiasan agar Hasan tidak merujuk kembali kepada PAS seperti apa yang disarankan banyak pihak.

Bagi mereka, jika Hasan kembali kepada PAS, sudah tentu misi untuk menghancurkan PR di Selangor sedikit sukar berbanding Hasan berdiri berseorangan atau ‘menyertai’ mereka seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.

Namun secara peribadi penulis WD percaya, Hasan Ali mempunyai pendirian yang amat berbeza dengan pemimpin Umno dari segi kefahaman perjuangan Islam. Ini menyebabkan Umno-BN seolah-olah malu-malu kucing untuk mengaku atau secara terang-terangan meminta Hasan menyertai mereka.

Pelbagai kiasan diberikan, konon Umno juga memperjuangkan Islam dan mendakwa ianya selari dengan perjuangan Hasan yang mahu memartabatkan Islam dan bangsa Melayu.

Namun, jika mereka merasa usaha untuk memancing Hasan tidak berjaya, sudah tentu plan kedua yang diguna pakai turun-temurun dengan cara psikologi secara ‘batu api’ agar Hasan tidak lagi bersama PAS.

Tapi yang pasti kini, selagi Hasan tidak berpendirian mahu merujuk kembali kepada PAS, kita sekadar dapat menunggu siapa yang ‘berjaya’ memancing Hasan Ali.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.