Header Ads

Musuh dalam selimut

Oleh abu_zaim

Konflik dalaman yang bertiup kencang (dan mungkin lebih kencang selepas ini) dilihat amat merugikan PAS sebagai satu gerakan Islam arus perdana di Malaysia. Ramai yang melaung-laungkan bahawa musuh dalam selimut sekarang ialah Hasan Ali dan Ust Nasa. Tipikal orang kebanyakan, hanya mengikuti isu sebagaimana yang telah dirancang oleh mastermind yang meledaakkan konflik tersebut.

Jika orang ramai mengatakan Hasan Ali penjenayah, kita semua akan mengiyakan bahkan mendukung dakwaan tersebut. Jika orang ramai membisu tentang sikap Saari Sungip yang berperanan sebagai pencetus isu, kita pun membisu.

Hilang fokus. Tiada analisa seimbang. Dalam keadaan lurus bendul itu orang cakap pasal politik, kita pun nak cakap pasal politik. Jadilah kita ibarat bola yang tolol. Taat sahaja ke mana mahu disepak.

Ada beberapa kebocoran maklumat tahap agung yang memungkinkan kita memahami apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS sejak kita menang. Konflik yang berlaku bukan kebetulan, bahkan dirancang oleh orang yang mahu merosakkan PAS.

Dengan lampiran bukti, penerangan dan kronologi...diharap pembaca teliti segala yang dipaparkan. Jika kurang percaya dan tidak puas hati, tanya terus pada penulis blog tersebut. Usah risau, beliau 'friendly' dan 'cool' orangnya.

Yang pasti, golongan HIS yang menjadi parasid di dalam PAS sedang keresahan setiap kali anda melayari blog ini. -http://selamatkan-pas.blogspot.com

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.