Header Ads

Oi Umno! Pakatan Rakyat akan pertahan Perlembagaan Persekutuan


Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengetuai bacaan ikrar Pakatan Rakyat bersama-sama Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP. | foto HD

WarkahDaily – Selepas ini sudah pasti Umno-BN akan kekeringan idea untuk menuduh Pakatan Rakyat (PR) bersekongkol dengan komunis, menuduh PR mahu membentuk negara komunis, menuduh PR mahu menjatuhkan raja-raja Melayu dan sebagainya.

Semuanya kerana ikrar anggota komponen PR ketika Konvensyen PR yang ketiga di Kedah pada Sabtu, secara jelas menunjukkan PR berikrar mahu mempertahankan ‘Perlembagaan Persekutuan’.

Sebelum ini Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba menghasut rakyat konon PR cuba bersekongkol dengan komunis dan negara luar untuk meruntuh institusi negara yang diperintah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong sebagai paying negara.

Kini, seluruh ahli dan anggota komponen PR berikrar untuk mempertahankan apa yang termaktub ‘Perlembagaan Persekutuan’.

Walaupun sebelum ini, Umno dan BN mendakwa merekalah pejuang sebenar ke arah keutuhan institusi negara berkenaan walaupun sifat ‘hipokrit’ pemimpin Umno dan BN begitu terserlah apabila menjadi dalang kepada kehancuran negara ini dari segala aspek.

Kerana kerakusan dan ketamakan haloba mereka, segala khazanah negara dipunggah bagai harta nenek moyang mereka demi mengkayakan anak-beranak dan kroni terdekat.

‘Kembungnya’ tembolok mereka kerana hasil rompakan wang rakyat melalui kutipan cukai dan sebagainya. Rakyat terpaksa hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tapi pemimpin dan anak beranak sesuka hati ‘enjoy’ ke serata tempat, bermewah-mewah dengan wang rakyat yang diamanahkan untuk menjaganya.

Dana awam yang dipunyai rakyat dimanipulasi sebegitu rupa untuk kroni-kroni, untuk membeli aset peribadi di luar negara, beli barangan kemas berjuta-juta ringgit ketika rakyat hidup dalam kesengsaraan. Padahal mereka tidak sedar, kayanya mereka, berada dalam golongan elitnya mereka kerana dipilih oleh rakyat ketika menjelang pilihanraya.

Jika bukan kerana rakyat marhaen ini, siapa mereka? Tapi mereka lupa diri ketika kuasa di tangan mereka. Mereka lupa daratan ketika wang melimpah ruah depan mata. Amat dahsyat!

Negara kita pasti runtuh, pasti rosak jika keadaan ini dibiarkan berlarutan. Sudah tentu rakyat wajib merubahnya daripada berlaku lebih buruk lagi. Ayuh! ‘Asal Bukan Umno’, kita nyahkan Umno dari bumi Malaysia selepas PRU-13. Demi menyelamatkan Malaysia tercinta.

SELAMATKAN MALAYSIA!

Ikrar Pakatan Rakyat (PR)

"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan. Dengan ini, kami berjanji:

"Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;

"Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

"Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat.

"Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

"Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

'Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia".
Dikuasakan oleh Blogger.