Header Ads

Panas! Reezal Merican dimalukan bapa Adam Adli

WarkahDaily -- Mungkin terkedu atau tersipu-sipu malu. Itu yang dapat penulis WarkahDaily (WD) gambarkan bagaimana perasaan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican selepas pelawaannya untuk ‘memujuk’ bapa Adam Adli agar meminta anaknya memohon maaf terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam isu menurunkan bendera pemimpin Umno itu tidak diterima.

Reezal Merican cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan ‘biadap’ yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, “Ayah saya jawab, ‘saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu’.” Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, “Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan.


Pelawaan maaf serta penjelasan Reezal Merican (gambar) konon Adam biadap dengan presiden Umno jelas memperlihatkan kepada kita betapa pemimpin Umno terlalu merendah-rendahkan taraf pemikiran rakyat Malaysia. Mereka menganggap rakyat Malaysia mudah ditipu dengan sedikit penerangan songsang mereka tanpa memikirkan yang rakyat Malaysia kini bukan lagi mudah dicucuk hidung dan menadah telinga mendengar penjelasan pemimpin Umno tanpa mendapat realiti sebenar yang berlaku.

Mereka ingat rakyat Malaysia hanya berada di depan televisyen yang memaparkan 24 jam berita ‘kebaikan’ pemimpin Umno tanpa memperolehi akan hal sebenar yang pemimpin Umno selewengkan. Rakyat sekarang bukan lagi ‘buta’ hati dan mata. Dulu mungkin mereka mudah ditipu dan diperbodohkan tapi kini rakyat sudah celik dan pintar menilai sebuah permata atau kaca.

Jelas sekali jawapan yang diberikan bapa Adam memberi tamparan hebat terhadap Reezal Merican yang cuba ‘memgula-gulakan’ keluarga Adam. Betapa sadisnya ketua penerangan Umno yang ingin berlagak hero namun ia telah dimalukan seorang bapa seorang pejuang mahasiswa yang akan menyedarkan seluruh golongan mahasiswa untuk bangkit ‘mengajar’ penguasa erti kebebasan dan keadilan yang sebenar.

Merdekareview.com -- Di sebalik ugutan “menampar dan meludah pada muka Adam”, yang disampaikan melalui video di Youtube oleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak.

Reezal Merican cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan ‘biadap’ yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, “Ayah saya jawab, ‘saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu’.” Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, “Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan.”

Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik. Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu.

Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, “Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang.” Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, “Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka.”

Adam Adli berucap dalam satu forum berjudul ‘Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa’, bersama Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan aktivis seni Fahmi Reza. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu pada Sabtu lepas telah menarik kehadiran lebih 150 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada siswa-siswa.
Dikuasakan oleh Blogger.