Header Ads

Pekerja binaan maut dihempap dinding konkrit

GEORGETOWN: Seorang pekerja pembinaan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dihempap dinding konkrit yang runtuh secara tiba-tiba di sebuah tapak projek perumahan mewah di Bayan Lepas di sini, semalam.

Pada kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Maksum, 37, dari Jawa, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah seluruh badan.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Dany Setiawan, 24, juga berasal dari Jawa, Indonesia dihantar ke Hospital Balik Pulau dan keadaannya dilaporkan serius.

Menurut saksi kejadian, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan kren.

Mayat mangsa dihantar ke Hosptial Balik Pulau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.