Header Ads

Pemimpin Umno tidak sehaluan dengan Chua Soi Lek?

WarkahDaily -- Dengar macam panas tapi itu kenyataannya jika kita ni waras dan boleh menilai pendirian beberapa pemimpin Umno dan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Apa tidaknya, kedua-dua mereka cuba bercakap seperti lidah biawak, cakap berbelit-belit semata-mata nakkan perhatian dan sokongan rakyat yang semakin jauh dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA dilihat tidak bersefahaman dengan pemimpin Umno sehinggakan mengeluarkan kenyataan berlainan terhadap PAS dan PR. Soi Lek dengan pendiriannya, pemimpin Umno pula dengan pendirian mereka. Hebatnya tekanan yang mereka hadapi sekarang sehingga dah ‘terkantoi’ dengan sendirinya pasal fitnah yang mereka cuba lakukan terhadap PAS dan PR.

Di pihak Umno, ramai pemimpin Umno menabur fitnah dan dakyah jahat konon PAS jadi kuda tunggangan rakan dalam PR, khususnya DAP. Bagi pemimpin Umno, konon jika PR dapat kuasai Putrajaya dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti, kuasa Melayu akan hilang, PAS akan jadi ‘pak turut’kepada rakan PR, PAS tidak punyai apa-apa kuasa dan macam-macam lagi dakwaan karut dan tahyul pemimpin Umno sehingga di beberapa negeri, pemimpin Umno sanggup mengupah ‘budak-budak’ suruhan mereka untuk menyebar risalah ‘DAP ganti PAS’ selepas PAS isytihar gelombang ‘PAS ganti Umno’.

Perasaan bimbang mereka dengan kebangkitan golongan muda bersama PAS menyebabkan pelbagai pembohongan dan fitnah disebarkan. Namun, bukan sahaja dakyah bodoh pemimpin Umno itu ditolak rakyat dan masyarakat, rakan sekutu mereka dalam BN pun dilihat cuba menolak telahan bodoh dan bahlul pemimpin Umno yang juga pemimpin tertinggi BN itu.

Presiden MCA, Datuk seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan berlainan dengan apa yang disebarkan pemimpin Umno.

Pemimpin Umno kata PAS kehilangan kuasa dan pengaruh jika PR menang PRU-13 tapi Chua Soi Lek yang terpalit dengan kontroversi ‘filem lucah’ dengan perempuan simpanannya itu pula mendakwa, sokongan pengundi Cina kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.

“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (PR) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Chua Soi Lek dalam temubual eksklusifnya bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” kata Chua. [baca sini]

Ini memberi kita satu jawapan mudah berkaitan kenyataan presiden kontroversi MCA itu, PAS akan berkuasa jika Cina memberi undi kepada DAP. Namun, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin Umno, PAS akan kehilangan pengaruh dan kuasa jika PR menang. Jelas sekali, ini semua permainan politik kotor untuk menakut-nakutkan pengundi untuk memenangkan PR dalam PRU nanti.

Yang jelas sekali, Umno dan BN begitu takut dengan sokongan rakyat semua kaum terhadap PAS dan PR dan ini menyebabkan pengaruh dan kuasa mereka bakal tergugat selepas PRU-13 nanti.

Bermacam-macam cara provokasi jahat dilakukan bagi menakut-nakutkan rakyat, tidak kurang juga dengan ugutan dan sebagainya, asal kuasa mereka kekal untuk terus merompak khazanah negara yang masih lagi tinggal sesama anak beranak.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.