Header Ads

Pesawat ubah laluan penerbangan elak radiasi ribut matahari


WASHINGTON: Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.

Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.


Pesawat Delta Air Lines ubah laluan penerbangan Kutub Utara elak kesan ribut matahari. | foto Getty Images
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.

Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.

Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.

Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.

Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari.

Sumber: AFP
Dikuasakan oleh Blogger.