Header Ads

Piala Carling: Gol tunggal Gerrard beri peluang Liverpool atasi City


Para pemain Liverpool meraikan gol yang dijaringkan Steven Gerrard dalam pertemuan dengan Manchester City di separuh akhir Piala Carling. | foto Getty Images
ENGLAND: Gol sepakan penalti Steven Gerrard memberi kelebihan kepada Liverpool dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Carling ke atas Manchester City.

Liverpool yang pernah memenangi trofi berkenaan sebanyak tujuh kali, mencerahkan peluang mereka untuk memenangi trofi pertama mereka dalam tempoh enam tahun, kini menjadi pilihan untuk ke perlawanan akhir kerana dijadualkan bertemu Crystal Palace atau Cardiff selepas ini.

Gol tunggal perlawanan itu disumbat Gerrard pada minit ke-13 selepas pertahanan tengah, Stevan Savic yang kurang berpengalaman bertindak menjatuhkan Daniel Agger.

The Reds mencipta beberapa peluang menarik menerusi kaptennya selain Andy Carroll yang berpeluang menguji ketangkasan Joe Hart.


Penjaga gol City, Joe Hart gagal menggapai bola hasil sepakan penalti rakan sepasukan England, Gerrard untuk gol tunggal Liverpool dalam aksi Piala Carling. | foto AP
City kembali bersaing selepas kemasukan Samir Nasri yang menggantikan Mario Balotelli sehingga menyebabkan penjaga gol, Pepe Reina menjadi perhatian dengan menafikan beberapa percubaan menarik dari pemain tengah Perancis itu.

Peluang terakhir yang dicipta Nasri juga gagal ditanduk baik Aguero pada masa kecederaan yang sekadar menyaksikan bola sedikit melepasi palang gol.

Sumber: AFP
Dikuasakan oleh Blogger.