Header Ads

Piala FA: QPR tamat badi 11 tahun, layak pusingan keempat


LONDON: Mark Hughes mencatatkan kemenangan pertamanya sebagai pengendali Queens Park Rangers apabila kelab Liga Perdana itu menumpaskan MK Dons sekaligus menamatkan badi Piala FA selama 11 tahun kelab tersebut.

Tandukan padu Danny Gabbidon memastikan kemenangan pasukan tuan rumah itu di Loftus Road, sekaligus menemukan QPR dengan Chelsea pada pusingan keempat akhir bulan ini.

Ini adalah kali pertama QPR berjaya mara ke pusingan keempat Piala FA sejak 2001, dan hanyalah kemenangan kedua kelab itu di laman sendiri bagi kempen 2011/2012.

"Saya rasa terdapat sedikit keletihan akibat bermain pada Sabtu dan Selasa. Tapi akhirnya kami berjaya meletakkan diri di hadapan dan memastikan kejayaan," ujar Hughes.

"Pada ketika ini, mungkin terdapat sedikit masalah keyakinan di antara para pemain. Tapi keinginan untuk menang itu memang ada, maka kami perlu perbaiki diri."

Dalam aksi melibatkan pasukan utama lain, Bolton Wanderers menang 2-0 ke atas pasukan divisyen dua, Macclesfield hasil jaringan kapten, Kevin Davies dan Martin Petrov.

Sumber: AFP
Dikuasakan oleh Blogger.