Header Ads

PR akan ringankan beban rakyat dengan menghapuskan tol milik kroni Umno jika tawan Putrajaya

WarkahDaily -- Lepas ni rakyat bukan lagi dapat merasai kadar tol yang rendah atau mendapat diskaun sempena perayaan sahaja malahan akan dapat menjimatkan terus perbelanjaan harian mereka kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bakal menghapuskan bayaran tol di konsesi lebuhraya yang sudah pun mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan sebelum ini.

Namun, rakyat perlu memilih parti dari komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti jika mahu perkara itu menjadi realiti.

Rakyat perlu sedar, bayaran tol yang perlu dibuat sekarang ini adalah sekadar memberi kekayaan berlipat kali ganda untuk kroni Umno-BN sehingga membebankan rakyat marhaen.

Sekarang, rakyat mempunyai pilihan untuk menjimatkan perbelanjaan mereka di masa akan datang dengan memilih kerajaan PR dalam PRU nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PR akan ringankan beban rakyat jika Pakatan diberi peluang untuk mengambil alih Putrajaya dan dapat membentuk kerajaan persekutuan.

Kata Lim, PR akan menghapuskan tol seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kerana ia telah memberi keuntungan berlipat kali ganda buat kroni Umno-BN sehingga membebankan rakyat.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan,” kata Lim ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang kelmarin.

Menurut Lim, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan bersama pemimpin PR yang diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Kroni Umno-BN yang dapat projek, sesuka hati membuat keuntungan berlipat kali ganda sehingga melebihi kos yang dikeluarkan.

Menurut Lim lagi, kos untuk membina lebuhraya PLUS adalah RM6 bilion tapi kini konsesi dah memperolehi RM24.3 bilion.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” kata Lim lagi.

Jelas sekali kerajaan Umno-BN bukannya mahu membantu rakyat tapi 'menggemukkan' kroni dan anak beranak sendiri.

Bagaimanapun, jelas Lim lagi, tindakan serupa tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi lebuhraya yang tidak memperolehi keuntungan.

Tambah Lim lagi, PR turut akan mengambil tindakan terhadap syarikat kroni BN yang banyak membuat keuntungan dan membebankan rakyat agar kehidupan rakyat tidak lagi terbeban ekonomi mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.