Header Ads

PRU-13: Jawatankuasa Fatwa benarkan penggunaan dakwat kekal

WarkahDaily – Semalam, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan penggunaan dakwat kekal untuk Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 adalah mengharuskan (dibolehkan).


Difahamkan mesyuarat yang berlangsung di Putrajaya dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Keputusan membenarkan penggunaan dakwat kekal itu dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu bukan najis, tidak membahayakan dan boleh menyerap air.

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air,” kata Jabatan Penerangan Malaysia di laman Twitter dan Facebook seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah pun mengumumkan dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan apa yang pernah cuba dilaksanakan pada PRU-12 (2008) lepas, namun ia dibatalkan penggunaannya di saat-saat akhir dengan alasan keselamatan dan perundangan.

Kerana pembatalan itu, dakwat yang dilaporkan berharga RM4 juta yang diperolehi dari India itu tidak dapat digunakan. (membazirnya!!!...)

Abdul Aziz ketika mengumumkan penggunaan dakwat kekal berkenaan Disember lepas berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Dis untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam. [Baca sini]
Dikuasakan oleh Blogger.