Header Ads

Rakyat Sarawak perlu pilih ‘Negara Berkebajikan’ PAS jika mahu keluar dari kemiskinan

WarkahDaily -- Jalannya orang dah tunjuk, cuma tunggu kemahuan sahaja bagi rakyat Sarawak keluar dari paras kemiskinan dan diskriminasi yang dirasai sejak turun temurun di bawah pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buka mata tanya hati, apa yang sudah kita dapat semenjak 50 tahun lebih kita merdeka dan berada di bawah pemerintahan kerajaan BN selain hanya retorik semata-mata. Padahal masih ramai rakyat Sarawak yang belum merasai kemudahan air dan letrik dengan sempurna di rumah-rumah mereka. Jadi apa nak bangga sangat dengan BN.

Rakyat Sarawak harus sedar, mereka ada pilihan di depan mata mereka untuk berubah jika mahu keluar dari kepompong kemiskinan dan tekanan hidup di bawah kerajaan BN sekarang.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Pemuda PAS Sarawak hari ini berkata konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan oleh parti Islam itu mampu untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada kepompong kemiskinan dan diskriminasi.

Ketua Pemuda PAS negeri itu, Mohammad Arifiriazul bin Paijo berkata demikian dalam kenyataan balasnya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam laporan The Borneo Post baru-baru ini yang mempertikaikan kewibawaan parti Islam itu di Sarawak.

Namun begitu, Arifiriazulbin berkata, PAS telah berjaya mentadbir urus Kedah dan Kelantan membalas kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Jaafar yang berkata “kita tidak boleh bergantung kepada PAS untuk menjaga kebajikan rakyat.”

“Data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) oleh Pejabat Perdana Menteri telah membuktikan Kelantan mempunyai kadar kemiskinan hanya pada 4.8 peratus, berbanding Sarawak sebanyak 5.3 peratus.

“Walaupun Kedah menunjukkan jumlah sama seperti Sarawak, 5.3 peratus, pada 2009, kerajaan negeri PAS ini hanya mempunyai kadar 0.8 peratus kumpulan miskin tegar, sedangkan Sarawak menunjukkan 1.0 peratus,” tambahnya.

Pemimpin PAS ini turut menegaskan Kelantan telah membuktikan negeri berkenaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 25 peratus dari 1989 kepada 2009 sedangkan Sarawak hanya mampu mencapai 16 peratus untuk tempoh sama."

Tambahnya, tuduhan yang dibuat oleh Pembantu Menteri Belia Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah yang menyatakan PAS mengalakkan ketidak bersatuan kaum di negeri itu tidak berasas.

“Apa yang dibuat oleh PAS dan penyokongnya adalah untuk bersama-sama menolak rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan BN sejak 50 tahun dahulu,” tegas Arifiriazul.

PAS bukan bercakap kosong semata-mata, malahan terbukti depan mata di Kelantan dan Kedah yang kini diperintah PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Dikuasakan oleh Blogger.