Header Ads

RM20,000 sehari: Najib utamakan untung Mydin berbanding kebajikan rakyat

DAP hari ini menyelar kenyataan perdana menteri yang didakwa tidak mengambil kisah dengan masalah sekitar isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan lebih mengutamakan keuntungan syarikat berbanding kebajikan rakyat.

"Najib berbangga bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menghasilkan lebih keuntungan selepas dikritik pembangkang, (ia) membuktikan bahawa beliau lebih mengambil berat tentang keuntungan Mydin lebih daripada kualiti barang 1Malaysia yang dijual kepada rakyat biasa," kata Setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Pua berkata, sindiran Najib kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pemimpin nombor satu negara itu tidak prihatin terhadap kesihatan rakyat, termasuk di kawasan parlimennya sendiri.

Najib semalam dilaporkan dengan sinis menggalakkan pembangkang lebih banyak mencemuh KR1M kerana ia membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Berucap di Pekan, beliau berkata, KR1M kini menjadi pilihan orang ramai dan terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di tempat itu, yang mencecah RM20,000 sehari sejak mula beroperasi sebulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin memberikan respons terhadap kenyataan Pua di Twitter bahawa harga KR1M paling murah.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh isu utama yang dibangkitkan Pua.

“Dakwaan-dakwaan itu tidak memenuhkan perut rakyat,” tulis bos Mydin itu.

“Saya cabar kamu (Pua) untuk mengalahkan harga KR1M-Mydin. Cakap mudah, lakukan sesuatu.”

Sumber: Malaysiakini.com
Dikuasakan oleh Blogger.