Header Ads

Sebuah kubur berusia hampir 3,000 tahun milik penyanyi wanita ditemui di Mesir

KAHERAH: Sebuah kubur berusia hampir 3,000 tahun telah ditemui di Lembah Diraja Mesir oleh ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.

Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Kubur itu didakwa milik seorang penyanyi wanita di zaman itu.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).

Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.
Dikuasakan oleh Blogger.