Header Ads

Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah untuk ke suku akhir


Lee Chong Wei ketika beraksi dalam pusingan kedua kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. | foto Arena.my

Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak perlu bekerja keras untuk menewaskan Kazushi Yamada bagi mengisi slot suku akhir kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia.

Chong Wei menang straight set 21-8, 21-18 dalam masa 37 minit pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Putra Bukit jalil, semalam.

Pada set kedua, Yamada nyata memberi saingan sengit sehingga meninggalkan Chong Wei 10-3 dan terus menguasai permainan dengan kedudukan 12-4.

Sedar kedudukannya jauh tertinggal, Chong Wei tidak memberi ruang kepada Yamada sehingga pemain No.1 dunia itu berjaya mengikat Yamada 15-15, sebelum menamatkan saingan babak kedua dengan 21-18.

"Saya mendapati Yamada tidak memberi fokus pada set pertama, namun sebaliknya berlaku pada set kedua. Dia menunjukkan kebangkitan. Pada set itu, saya pula hilang fokus dan memberi ruang kepada Yamada untuk meninggalkan saya.

"Bagaimanapun, saya berjaya mencari rentak untuk meraih satu demi satu mata," kata Chong selepas tamat perlawanan.

Juara bertahan tujuh kali itu dijadualkan akan berdepan Taufik Hidayat dalam peringkat suku akhir.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.