Header Ads

Terbuka Malaysia: Kien Keat, Boon Heong kalah pusingan kedua


Koo Kien Keat (kiri) dan Tan Boon Heong ketika beraksi dalam pusingan kedua Siri Super Terbuka Malaysia, semalam. | foto Arena.my

Gamat Stadium Putra Bukit Jalil ketika menyaksi beregu utama negara, Koo Kee Kiat dan Tan Boon Heong beraksi di pusingan kedua menentang Kim Ki Jung-Kim Sa Rang, semalam.

Namun, peminat yang mengharapkan Kee Kiat-Boon Heong mara ke suku akhir Siri Super Terbuka Malaysia, pulang hampa apabila pasangan itu tewas 21-16, 18-21, 21-16 kepada regu ke-34 dunia.

Lebih perit untuk dilalui Kee Kiat - Boon Heong apabila mereka di 'boo' penyokong sendiri setelah kerap melakukan kesilapan mudah untuk membenarkan pasangan Korea itu menguasai permainan.

Pada set pertama, Ki Jung-Sa Rang sudah mempamer rentak hebat untuk menewaskan pasangan negara 21-16 sebelum Kee Kiat-Boon Heong bangkit pada set kedua dengan 21-18.

Pada babak ketiga, Kee Kiat - Boon Heong kerap melakukan kesilapan dan memberi ruang kepada lawan untuk melakukan serangan sekaligus meletakkan mereka dalam keaadan tertekan. Dalam pada itu, mereka beberapa kali dilihat tidak berpuas hati dengan penjaga garisan.

Ketika Kee Kiat-Boon Heong diambang kekalahan, segelintir penonton dilihat meninggalkan stadium, sebelum yang lain mencemuh apabila menyaksikan pasangan yang berada di ranking ke-7 itu tewas.

"Kami bermain terlalu mengikut perasaan dan turut memberi ruang. Mungkin keinginan kami untuk menang terlalu kuat, sekaligus menjejaskan prestasi. Kami juga perlu memperbaiki tahap keyakinan.

"Corak perlawanan kami agak lambat sebaliknya pemain Korea bermain lebih agresif. Ia memberi ruang kepada pihak lawan untuk mendominasi permainan," kata Boon Heong selepas tamat perlawanan.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.