Header Ads

Terkini: Mahkamah sahkan Anwar tidak bersalah


Penyokong Pakatan Rakyat (PR) kelihatan bersorak selepas mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah pada 9.30 pagi, hari ini. | foto anakulucheka.com

WarkahDaily -- Sah! Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes tuduhan liwat II yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan tidak bersalah itu telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Hasil keputusan itu, jelas sekali tuduhan liwat yang dibuat Mohd Saiful ke atas Anwar sejak tiga tahun lepas adalah tidak benar sama sekali dan ia turut memberi gambaran, pertuduhan yang dihadapi Anwar sebelum ini jelas merupakan konspirasi politik murahan dari pihak musuh walaupun ada pihak tertentu berhempas pulas mahu Anwar disabit bersalah berdasarkan banyak ‘banner’ yang dipasang di seluruh negara yang berbunyi “Liwat, Nabi tidak mengaku umat” menjelang keputusan mahkamah hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.