Header Ads

Tiga Adun PAS Selangor naik pangkat, bukti PAS penting dalam PR


WarkahDaily – Berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru kerajaan Selangor bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS baru-baru ini, kerajaan Selangor telah menyusun kembali beberapa portfolio Exconya.

Dr Yunus yang dilantik Exco semalam telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Membuktikan lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor amat diperlukan dan menafikan terus dakwaan konon PAS dipinggir dari kerajaan PR Selangor oleh pembangkang (Umno-BN), Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak melantik dua Adun dari PAS untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Selain Dr Yunus yang dilantik sebagai Exco, Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor turut diberi tanggungjawab memegang jawatan Pengerusi Skimsel (Skim Mikrokredit Selangor).

Manakala seorang lagi Adun PAS (Bangi), Dr Shafie Abu Bakar akan memegang jawatan Pengerusi PADAT (Perbadanan Adat Melayu) Selangor.

Perlantikan mereka bertiga dari kalangan Adun PAS telah membuktikan kepentingan PAS dalam kerajaan PR, dalam masa yang sama, menempelak para pemimpin pembangkang yang cuba melakukan provokasi konon PAS dipinggirkan dalam PR.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.