Header Ads

Tiga wanita dedah payudara ketika tunjuk perasaan


WarkahDaily – Agensi berita AFP telah melaporkan tiga orang wanita dari sebuah pertubuhan pembela hak asasi wanita telah ditahan pihak berkuasa akibat kerana mendedahkan payudara di khalayak di Davos, Switzerland pada Sabtu lepas.

Menurut AFP, wanita terbabit mendedahkan payudara mereka ketika menyertai tunjuk perasaan berhampiran lokasi Forum Ekonomi Dunia diadakan yang dihadiri oleh ramai pemimpin dunia di sebuah resort di Davos.

Mereka cuba menarik perhatian peserta forum yang terdiri daripada pemimpin dunia dalam menuntut keadilan ekonomi dengan hanya memakai seluar panjang tanpa memakai baju sehingga mendedahkan payudara mereka walaupun cuaca dalam kesejukan.

Wanita terbabit berjaya ditangkap selepas cuba memanjat pagar resort, tempat berlangsungnya forum berkenaan.

p/s: Inilah orang barat, maruah ntah ke mana dah. Asalnya mahu perjuangkan keadilan ekonomi dunia tapi dalam masa yang sama telah menggadai maruah dan kehormatan seorang wanita untuk tatapan khalayak. Langsung tiada kaitan ‘payudara dengan ekonomi dunia’.

Yang untungnya sebilangan lelaki bermata keranjang yang suka duk tatap ‘perhiasan wanita’ untuk kepuasan nafsu mereka. Wanita juga yang menjadi mangsanya.
Dikuasakan oleh Blogger.