Header Ads

[VIDEO] Gempar! pembaca berita TV3 sebut Anwar sebagai PM

WarkahDaily -- Tersengaja atau tidak sengaja, hanya Allah dan tuan punya diri sahaja yang tahu. Awal pagi tadi, penulis WarkahDaily (WD) telah mendapati sebuah artikel forum di sebuah portal terkenal, Tranungkite.net berkaitan seorang pembaca berita TV3 yang telah tersasul menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun pada visual di kaca televisyen menunjukkan Najib yang sedang membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Berdasar artikel forum berkenaan, berita TV syarikat Media Prima itu telah bersiaran semalam.

Tonton video di bawah posting ini

Walaupun pembaca berita berkenaan tidak sempat menghabiskan nama penuh Anwar, namun ia sudah cukup memberi satu petanda penangan 'aura' Anwar menjelang keputusan kes Liwat II yang bakal diputuskan esok (Isnin - 9 Januari 2012).

Berdasar komen yang diberikan di Tranungkite, banyak pihak merasakan pembaca berita berkenaan bakal dikenakan tindakan kerana tersilap menyebut Najib kepada Anwar.

Namun, jika betul ada tindakan diambil ke atas pembaca berita berkenaan, walaupun ia menjadi rutin dan perkara biasa di sebuah negara demokrasi seperti di Malaysia ini yang tidak boleh menerima kenyataan realiti.

Rakyat akan ditekan dan diambil tindakan jika berani mengangkat orang lain bagi menyaingi pemimpin sedia ada walaupun secara tidak sengaja, apatah lagi jika sengaja.


Dikuasakan oleh Blogger.