Header Ads

[Video] Hebat! Zizan Raja Lawak bersama Ustaz Azhar di program Pakatan Rakyat

WarkahDaily – Sekarang ni musim artis sertai politik pulak dah. Semakin hari, semakin ramai artis sudah mula mengerti kepentingan politik (pilih pemimpin) untuk masa depan negara.

Tonton video berkaitan di bawah artikel

Artis yang terlibat boleh dikatakan semuanya hebat-hebat dan mempunyai ramai pengikut dan peminat. Maka tak pelik lah jika berduyung-duyung datang menghadiri program Pakatan Rakyat (PR) yang turut diwarnai dengan kehadiran artis kesayangan mereka.

Tidak terlepas peluang, Zizan Raja Lawak yang semakin top dengan ‘genre’ lawaknya dan kepetahan ketika berada di pentas turut ‘mesra’ dengan program PR iaitu ‘Program Jom Santai Bersama GeMS’ kelolaan Kerajaan Negeri Selangor sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam baru-baru ini.

Dipetik dari tvsnews.net, program berkenaan diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis. Dilaporkan, kehadiran hampir 100,000 orang terutama golongan muda.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.

Antara celebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hay, Imam Muda Asyraf dan Syed Hisham dan artis popular, Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

Malah detik sambutan tahun baru ketika jam tepat 12 tengah malam amat bermakna dalam suasana baru apabila semua hadirin termasuk tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail serta Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad bersama-sama mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah dengan lagu 'Asma Ul Husna'. Ini disusuli doa penutup oleh Ustaz Azhar.

Program malam tadi bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan Forum Maghrib dihoskan Ustaz Syed Hisham dan Asraf sebagai moderator dikuti solat Isyak berjemaah.

Ceramah Perdana menampilkan Ustaz Azhar dan Zizan mendapat sambutan hebat orang ramai kerana penyampaian ceramah agama secara santai dan lawak menerusi sesi soal jawab agama.

Persembahan artis seperti Sham dan Dakmie Kamikaze, Shahir dan Ustaz Akhil Hay dengan dengan lagu moden, nasyid dan bertema keagamaan sebelum jam 12 tengah malam turut menghiburkan.

Dikuasakan oleh Blogger.