Header Ads

Walapun tidak di dunia,hukuman di akhirat pasti berlaku - Saiful

Walapun tidak di dunia,hukuman di akhirat pasti berlaku, itu kata Saiful yang mendakwa mangsa liwat DSAI.

“Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu),” tulisnya lagi.

Saiful (gambar) redha dengan keputusan mahkamah yang membebaskan DSAI dan menolak bukti keterangannya. [Baca sini].

Kata Saiful memang benar, tidak ada siapa yang boleh menafikannya, hukuman di mahkamah ALLAH pasti akan berlaku kepada setiap hambanya yang melakukan kesalahan kecuali mereka yang mendapat keampunan ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Saiful sepatutnya sedar mengenai perkara ini sejak sebelum dia pergi Puswari dan membuat laporan polis. Saiful harus sedar sebelum beliau bersumpah laknat dan silap melafazkan kalimah ketika bersumpah. Saiful harus sedar sebelum dia menjawab soalan Karpal Singh mengenai mandi junub ketika memberi keterangan. Saiful harus sedar ketika menjawab menggunakan pelincir ketika diliwat.

Semoga Saiful menyedari apa yang dikatakan mengenai hukuman di akhirat sebelum dia mengambil keputusan mendakwa DSAI dan benar-benar pasti bahawa memang DSAI meliwatnya tanpa kerelaannya. Paling tidak dia melawan ketika diliwat atau ketika ‘dioral’ sex oleh DSAI ataupun tak mampu melawan kerana diberi makan pil kuda oleh DSAI.

Saiful mesti pasti sepasti-pastinya tanpa ragu-ragu bahawa memang dia diliwat dan kena pasti bahawa orang yang meliwatnya ialah DSAI. Kepastian ini penting kerana baik Saiful atau DSAI atau Berahim Ali atau hakim atau Ezam atau Rahimi osman atau Umi Hafilda atau Hassan Ali atau Muhyidin atau Mashitah atau Jamil Khir atau Najib atau Mahathir atau sesiapa jua hatta TGNA, TGHH tidak akan sesekali berdaya menipu ALLAH!

Saiful juga harus pasti bahawa sumpah laknat yang dibuatnya selari dengan apa yang disuruh ALLAH.

Padang Masyar pasti akan melondehkan setiap perbuatan keji setiap insan, tiada keraguan tentang itu. Banyak banyaklah solat hajat dan puasa sunat dan bermunajatlah pohon kepada ALLAH agar tunjukkan kebenaran wahai Saiful!

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.