Wanita terjatuh ke dalam sungai yang dipenuhi buaya

Erin Langworthy sedang melompat dari jambatan ketika melakukan terjunan bungee sebelum tali terputus.
SYDNEY: Seorang wanita Australia, Erin Langworthy terselamat selepas terjatuh ke dalam Sungai Zambezi yang dipenuhi buaya setelah tali yang mengikat kakinya putus semasa dia melakukan terjun bungee pada ketinggian 111 meter dari atas Jambatan Jeram Victoria di Zambia, Afrika.

Erin Langworthy
Jambatan tersebut terletak di sempadan Zambia dengan Zimbabwe.
"Saya merasakan seperti seluruh badan saya telah ditampar," kata wanita berusia 22 tahun itu yang berasal dari Perth dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Channel Nine.
Rakaman video menunjukkan tali yang mengikat kakinya putus pada akhir terjunan tersebut dengan menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.
"Saya terpaksa menyelam dan membuka tali yang mengikat kaki saya sebelum dapat berenang ke permukaan sungai," kata Langworthy.
"Ya, saya yakin satu keajaiban berlaku kerana saya terselamat dalam kemalangan ini," tambahnya.
Langworthy dirawat di sebuah klinik berdekatan sebelum dibawa keluar ke Afrika Selatan.
Sumber: Reuters
Post a Comment