Header Ads

55 mangsa banjir di Manjoi berada di pusat pemindahan

IPOH: Seramai 55 orang daripada 14 keluarga mangsa banjir di Manjoi masih berada di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Manjoi Datuk Nazri Ismail berkata mereka ditempatkan di dewan orang ramai di sini sehingga keadaan banjir di rumah mereka pulih.

"Walaupun banjir sudah surut tetapi air masih bertakung di rumah mereka dan perlukan masa untuk dibersihkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata mereka dapat pulang ke rumah masing-masing esok. Semalam 500 orang daripada 140 keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntung dipindahkan ke dua pusat pemindahan setelah air naik akibat limpahan dari sungai Tapah dan Sungai Pari ekoran hujan lebat lebih lima jam.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.