Header Ads

6 PM termasuk Najib gagal majukan semua negeri dalam Malaysia sejak BN memerintah lebih 50 tahun

WarkahDaily -- Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak konon Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS hanyalah ‘membuka pekung’ diri sendiri sebagai Perdana Menteri yang memerintah Malaysia termasuklah Kelantan.

Banyak pihak turut menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Najib sebagai Perdana Menteri itu termasuklah dari kalangan ahli akademik.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah turut menyelar dan berkata kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dipetik dari Harakahdaily, Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

“Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

“(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika,” coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.

Makan ‘gaji butalah’ nampak gayanya 6 orang Perdana Menteri selama ini. Dah 50 tahun lebih pun masih lagi gagal membela nasib negeri dan rakyat kaum Melayu. Jelas sekali Umno-BN gagal memerintah negara ini sehingga tidak mampu menyelsaikan masalah kemiskinan di negeri orang Melayu walaupun diberi peluang memerintah 50 tahun lebih.

Dakwaan konon Umno adalah pembela nasib kaum Melayu adalah bohong semata-mata.
Dikuasakan oleh Blogger.