Header Ads

AC Milan belasah Arsenal 4-0, Zenit menang tipis ke atas Benfica


Pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (dua kiri) meraikan golnya bersama rakan sepasukan ketika membelasah Arsenal 4-0 dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan, awal pagi tadi. | foto Reuters
ITALI: Bintang Brazil Robinho menjaringkan dua gol untuk membantu AC Milan membenam Arsenal 4-0 dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di San Siro awal pagi tadi.

Keputusan itu memaksa pengendali Arsene Wenger berdepan tugas getir dalam perlawanan timbang balik di Emirates nanti, jika mereka mahu terus bersaing dalam saingan itu.

Dalam perlawanan pagi tadi, Kevin Prince Boateng terlebih dahulu meletakkan juara Eropah tujuh kali itu di depan apabila menyempurnakan gol di minit ke-15, sebelum jaringan dilakukan oleh Robinho pada minit ke-38 dan 49.

Zlatan Ibrahimovic pula muncul melengkapkan kemenangan 4-0 Milan menerusi sepakan penalti pada minit ke-78.

Ia adalah kemenangan pertama AC Milan dalam tujuh pertembungan Liga Juara Juara dengan pasukan Liga Perdana Inggeris dan turut menamatkan tiga kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri menentang skuad Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu lagi pertemuan malam tadi turut manyaksikan Zenit St Petersburg menewaskan Benfica 3-2.

Roman Shirokov menjadi wira St Petersburg apabila menghadiahkan dua gol, di minit ke-27, 88 selain Sergei Semak turut mencatat satu gol di minit ke-71. Gol Benfica dijaringkan oleh Maxi Pereira dan Oscar Cardozo masing-masing di minit ke-20 dan 87.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.