Header Ads

Adun BN Sukau Sabah kena tumbuk

Oleh Paparazzi SabahKini.net

MINGGU lalu, satu peristiwa yang agak mengejutkan berlaku sehingga menjadi tajuk perbualan di kedai-kedai kopi bahawa seorang peniaga Sarang Burung, Salleh Amrie tiba-tiba telah menyerang Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dengan melepaskan tumbukan ke arah muka Saddi.

Menurut saksi yang memberitahu Paparazzi, kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Sandakan. Sebaik sahaja Saddi (gambar) sampai di Balai Ketibaan, tiba-tiba Salleh menyerang Saddi tanpa sebarang amaran, namun Saddi sempat mengelak serangan tersebut.

Agak menghairankan, kata saksi tersebut, semasa kejadian beberapa orang anggota Polis berada di tempat kejadian, tetapi mereka tidak berbuat sesuatu, seolah-olah tidak melihat serangan di hadapan mata kepala mereka; sekalipun ketika diserang, isteri Saddi, Datin Shikin Sulong bersama beliau.

Menurut saksi itu lagi, Saddi tidak melaporkan kes ini kepada Polis sehingga ke hari ini dan usaha Paparazzi 'memburu' Salleh Amri tidak berjaya, manakala Saddi pula enggan mengulas kerana hanya "silap faham" katanya.

Bagaimanapun mengikut orang terdekat dengan Saddi, Salleh marah kerana Saddi enggan membantunya mendapatkan satu lagi lubang sarang burung di Gua Gomantong kerana telah diluluskan kepada kontraktor lain; menyebabkan Salleh melepaskan geram yang terbuku di hati, namun belum ada sebarang pengesahan berhubung punca pergaduhan tersebut.

Sumber: Sabahkini.net
Dikuasakan oleh Blogger.