Header Ads

Adun Umno-BN kaki carut kena maki dalam Facebook

WarkahDaily -- Dipetik dari laporan di laman Tranungkite.net, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan dari Umno-BN yang terkenal dengan perbuatan mencarut dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan ketika sidang berjalan.

Kebiasaan Adun berkenaan akan menjerit perkataan lucah dalam bahasa Tamil yang membawa maksud ‘alat sulit wanita’.

Namun kini, sebalik pula berlaku terhadap Adun berkenaan apabila beliau pula dimaki dengan kata-kata kesat berbaur lucah dalam Facebook yang didakwa dimiliki oleh seorang remaja.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, seorang remaja bertindak menghambur kata-kata kesat terhadap Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) menerusi komen dalam sebuah laman sosial.

Kata-kata kesat itu dihamburkan di sebuah akaun Facebook milik kumpulan warga Felda. Keadaan itu menyebabkan Zainal Abidin bercadang untuk membuat laporan polis berhubung tindakan remaja berkenaan, namun ianya ditarik balik selepas remaja berkenaan dikatakan telah memohon maaf secara terbuka atas perbuatannya itu.

“Saya tidak tahu punca remaja berkenaan berbuat demikian tetapi saya percaya ini di¬sebabkan sikapnya yang masih muda,” kata Zainal. [Baca laporan seterusnya di sini]

Adun BN mencarut ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar

Dalam perkembangan lain, dipetik dari Keadilan Daily bertarikh 27 April 2011, sesi Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika Adun Bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah Diraja, semalam.

Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.

“Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam),” ujarnya.

Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut. Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa Tamil kepada salah seorang Adun berketurunan India. [Baca laporannya di sini]

Adun BN mencelah perbahasan Adun DAP dengan kata-kata berbaur lucah

Dipetik pula dari Free Malaysia Today bertarikh 24 November 2011, sekali lagi Adun BN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bertutur perkataan berbaur lucah.

Kejadian itu berlaku ketika Adun wanita Wong May May (DAP-Mambau) “menyerang” Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.

Ketika perbahasan sedang rancak berjalan, tiba-tiba Zainal Abidin turut mencelah perbahasanan berkenaan.

Ketika itu Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May “Mambau masuk bilik Lobak kah?”. Desak minta maaf Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang.

Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf. [Rujuk sini]

Jadi, memang patut lah Adun berkenaan kena maki pun, sebab perangainya lebih kurang aje, bahkan Adun berkenaan sebagai ketua (wakil rakyat) sepatutnya kena tunjuk tauladan yang baik supaya ianya dapat diikut oleh rakyat kerana perbuatan wakil rakyat sentiasa diperhatikan oleh rakyat (pengundi). Pemimpin melalui tauladan, dah lupa ke?

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.