Header Ads

Bakar Al-Quran: DAP kesal, Umno diam membisu

DAP melahirkan rasa kesalnya dengan kejadian yang cuai di Afghanistan di mana beberapa naskhah kitab suci Al-Quran telah dihantar ke tempat pembuangan sampah dan dibakar di sebuah Kem Askar Amerika.

Bagi DAP, tindakan ini merupakan tindakan penodaan dan penghinaan terhadap agama Islam yang tidak boleh diterima.

"DAP menyesal, tindakan kurang sensitif ini yang tidak sepatutnya berlaku," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah pun meminta maaf dengan segera dan berjanji untuk mengambil langkah untuk mengelakkan pengulangan kejadian ini dan juga untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

"Ini merupakan reaksi yang positif daripada pihak Amerika, dan kami berharap bahawa tindakan susulan akan diambil supaya insiden seperti ini tidak akan berulang," kata beliau dalam kenyataan medianya pada Jumaat lepas.

Pada masa yang sama, DAP menolak keras penggunaan kekerasan, dan menyesal bahawa tindakan balas telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika.

"Kami menyeru agar semua pihak akan bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru sementara penyiasatan sedang dijalankan.

"Sebagai parti yang mendokong prinsip keamanan dan keadilan, DAP menekankan keperluan untuk kefahaman dan persaudaraan antara semua orang dalam dunia yang pelbagai budaya dan agama ini," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. -Harakahdaily

WarkahDaily -- Mana pergi umat Umno yang mengaku Islam? Diam je pasal kes ni. Tengah sibuk raih undi sampai tak sedar orang duk hina Islam.

DAP yang ditohmah Umno sebagai parti kafir pun reti bela Islam, tapi Umno yang berdegar-degar konon pembela Islam tapi membisu sampai sekarang pasal Al-Quran dibakar di kem tentera Amerika. Takut kat Amerika ke wahai Umno? Ops...silap, kena jaga hubungan dengan Amerika, nanti susah hidup, kena serang tentera Amerika, nanti susah...Umno..oh Umno!

Ulamak muda pun diam ka?

p/s: Orang Islam berbangsa Melayu pun jadi ahli DAP, bukan bukan Islam je. Umno tahu ke?
Dikuasakan oleh Blogger.