Celcom catat untung bersih RM2.1 bilion

Angka itu adalah peningkatan 11 peratus berbanding RM1.89 bilion yang direkodkan pada 2010.
Perolehan meningkat enam peratus kepada RM7.23 bilion berbanding RM6.85 bilion yang dicatatkan pada 2010.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly berkata pertumbuhan perolehan semasa adalah yang paling kukuh sejak empat suku lalu.
“Celcom menutup tahun kewangannya dengan sejumlah 12 juta pelanggan, dengan penambahan 542,000 lebih ramai daripada jumlah suku yang lalu," katanya.
Sumber: Sinarharian.com.my
Post a Comment