Header Ads

Dr. Raja Nazrin Shah selar pihak tidak amanah (Umno) dalam menjalankan dasar DEB

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Dr. Raja Nazrin Shah (gambar) menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.

Baginda bertitah, akibat daripada sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan.

"Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan. -Kosmo!

WarkahDaily -- Semua tahu siapa yang tidak amanah dalam menjalankan DEB sehingga dasar berkenaan gagal mencapai matlamatnya. Yang dikatakan berjaya oleh kerajaan hanyalah beberapa orang kroni dan kaum kerabat yang dapat imbuhan daripada sokongan politik yang dibuat.

Namun, DEB yang digembar-gemburkan kerajaan Umno-BN selama ini berjaya dan menyebabkan Melayu maju, cumalah bohong semata-mata.

Jadi, siapa yang menggagalkannya? Siapa lagi kalau orang yang diberi amanah untuk mencapai sasaran DEB, iaitu kerajaan Umno-BN tapi telah melakukan khianat terhadap bangsa sendiri. Mereka hanya mengkayakan kroni mereka sahaja dengan kesempatan dasar DEB yang dicanangkan kepada rakyat.
Dikuasakan oleh Blogger.