Header Ads

EPL: Arsenal bangkit belasah Spurs 5-2


Pemain Arsenal, Bacary Sagna (tengah) menjaringkan gol pertama pasukannya yang menaikkan semangat rakan-rakan untuk menang besar ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan EPL di Stadium Emirates di London, England, awal malam tadi. | foto AFP
WarkahDaily -- Tottenham Hotspur yang menduduki tangga ketiga liga dengan kutipan 53 mata terpaksa mengharungi hari sengsaranya selepas dibelasah teruk musuh ketatnya, Arsenal 5-2 walaupun telah mendahului 2-0 di awal perlawanan. Namun semangat juang yang ditonjolkan anak buah Arsenge Wenger telah memusnahkan impian Spurs untuk mengutip mata penuh di Stadium Emirates di London, awal malam tadi.

[Ikuti keputusan penuh perlawanan awal malam tadi bawah artikel]

Empat minit perlawanan bermula, Spurs telah berada di depan melalui jaringan Louis Saha. Spurs sekali lagi menambah gol melalui bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor melalui penalti di minit ke-34.

Ketika perlawanan dilihat dikuasai Spurs, namun Arsenal terus bangkit dari ketinggalan dua gol selepas Bacary Sagna menanduk cantik menewaskan penjaga gol Spurs, Brad Friedel dim init ke-40. Ketika perlawanan di separuh pertama hampir tamat, penyerang Arsenal, Robin van Persie telah menyamakan kedudukan 2-2 di minit ke-43.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Arsenal dilihat terus garang di separuh masa kedua apabila Tomas Rosicky meletak Arsenal di depan pada minit ke-51 sebelum Theo Walcott menambah derita Spurs dengan dua jaringan di minit ke-65 dan minit ke-68.

Arsenal kini menduduki tangga keempat liga, di belakang Spurs dengan kutipan 46 mata.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan EPL semalam

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 26 FEB 2012

Arsenal

5-2

Tottenham

Norwich City

1-2

Manchester United

Stoke City

2-0

Swansea City


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.